CIC-i Health Care adalah syarikat di bawah kumpulan CT-One Corporation. Tujuan utama penubuhan adalah lanjutan kepada visi dan misi syarikat untuk bersama membangunkan generasi Al-Falah, iaitu generasi yang berjaya dunia dan akhirat.
CT-ONE Islamic Center(CIC) adalah satu pusat yang diasaskan, ditubuhkan dan dibina oleh Mejar Dato’ Hj. Adnan Hashim (Bersara). Tujuan utama beliau menubuhkan CIC ini adalah untuk meletakkan keluarga dan seluruh keturunannya serta semua orang yang menyertai CIC nanti di landasan yang betul iaitu kearah mencapai kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.
Moto perjuangan CIC iaitu ‘Bersama Membina Generasi Al-Falah’ merupakan satu seruan ikhlas beliau kepada dirinya, keluarganya dan seluruh warga CIC supaya berterusan berusaha dan berdoa agar masing-masing mencapai kejayaan dunia dan kejayaan akhirat sesuai dengan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:
‘Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah di kurniakan kepada mu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan jangan lah engkau melupakan bahagianmu (keperluandanbekalan) dari dunia; dan berbuatbaiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah);dan jangan lah engkau melakukan kerosakan di mukabumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan’
No comments:
Post a Comment